Tuesday, November 16, 2004
kasih ufuk rindu 10
“Cik In,nak apa cik?”dia menyapa anak tiri majikannya itu.
Senang dengan sikap gadis itu yang kadang kala ringan tulang membantu dia didapur,orang lain sibuk berparti didepan dia pula sibuk nak tolong membasuh pinggan mangkuk.
Teringat lagi menjerit Fitri memarahi mereka bila ternampak In sedang membasuh pinggag mangkuk dengan memakai baju baru pula tu.Nak tergelak pun ada juga dengan sikap In tu.
“Mak Bedah buat apa tu?”dia memerhatikan orang tua tu tengah membelek belek buku masakan.Takkan tak siap lagi memasak.Tamu dah lama sampai.
“Mak Bedah tanya cik In,cik tanya mak Bedah balik.”dia ketawa kecil.In tu jarang nak berbual,kali ni ramah pula budak tu.
“In nak minum,hauslah tekak ni.Mak Bedah janganlah panggil saya cik.Panggil In aje cukuplah.”dia tersenyum,dah berkali kali diingatkan orang tua itu.In membuka peti sejuk dan mengeluarkan jus oren yang dibelinya semalam.
“Oh,mak Bedah pulak tengah tengok resipi ni.”dia mengunjukkan buku resepi. Tersenyum mendengar keramahan In.Selalu tu sepatah ditanya sepatah dijawabnya.
“Mak Bedah tak masak lagi ke?”dia bertanya,berkerut dahi mendengarkan jawapan mak Bedah tu.
“Dah siap,tapi tadi kata cik Tihah kawan encik Fitri tu suka makan asam pedas.Mak Bedah mana tahu masak asam pedas.Dekat kampung dulu mak Bedah masak jadinya asam jawa.”lucu kedengaran kata kata mak Bedah pada pendengaran In.
Tergelak dia mendengarnya.Dia ingat lagi,Fitri pernah memberitahu mak Bedah tu berasal dari Jawa, patut pun tak tahu masak asam pedas.Asam pedas jadi asam jawa!Lawak juga mak Bedah ni fikir In.
“Mak Bedah tak pernah tengok In ketawa macam ni.Kalau ketawa selalu kan bagus.In nampak cantik kalau ketawa selalu.”dia turut tersenyum memandang In yang masih lagi menahan sisa tawanya.
“Kalau macam tu mak Bedah angkatkan ajelah asam jawa bagi dia orang makan.”dia menjawab,dalam sisa tawa yang masih berbaki.
“Hisyy….In ni main main pula.Bukannya tak tahu perangainya cik Tihah tu,mahu dia mengamuk nanti.”mak Bedah bersuara perlahan.Dia cukup tidak suka bila dimarahi oleh Fatihah.
“Kesian mak Bedah.Tak apalah,biar In aje yang tolong mak Bedah masakkan.Lagipun bukannya banyakkan.”In bersuara,simpati dengan orang tua tu.Tak apalah,bukan selalu dari pada duduk menghadap muka Datin tu baik dia tolong mak Bedah,ada juga faedahnya.
“Tapi nanti Datuk dan Encik Fitri marah,”dia serba salah.Kali terakhir seingatnya,dua bulan lepas,Datuk Farhan mengamuk bila dapat tahu In mencuci pinggan mangkuk dengan memakai baju mahalnya.Pening mak Bedah memikirkan gelagat In itu.
“Mak Bedah tak cakap,In tak cakap.Siapa tahu?”dia bertanya.“Dahlah tu,mak Bedah. Mari tolong In siapkan bahan bahan,lepas tu dah senang.”dia menarik lembut lengan mak Bedah.
Terkejut orang tua tu dengan perubahan sikap In.Rupa rupanya disebalik gadis pendiam itu tersembunyi seorang gadis yang lincah dan baik hati.
Mak Bedah membantu In menyiang ikan.Gadis itu pula leka mengoreng cili.
Sambil itu mak Bedah memerhatikan gadis itu memasak.Lincah dan tidak kekok.Kerjanya teratur aje,tentu In pandai masak.Fikirnya sendirian.
“Apa yang mak Bedah termenung tu?”In mengusik orang tua yang sedang berkhayal itu.
“Tak adalah In.Mak Bedah tengok In aje.”dia ketawa,malu ditegur gadis itu.
“Okeylah mak Bedah,In dah siap ni.Lepas ni mak Bedah tunggu mendidih lepastu bolehlah hidangkan.In nak naik atas.”In meminta diri.
“In tak nak makan sekali ke?”perbualan mereka disampuk seseorang.In berpaling,kaku sedikit melihat Fitri yang tersenyum dimuka pintu.Dah berapa lama agaknya dia ada dimuka pintu tu?
“Tak.”dia berlalu bersama segelas air ditangan.
“Mak Bedah!Kenapa suruh In masak?”Fitri bersuara kasar.Sengaja,untuk menarik perhatian In.In yang sedang menaiki anak tangga turun kembali,berpusing kedapur bila mendengar suara Fitri memarahi mak Bedah.
“Saya yang nak masak.Jangan salahkan mak Bedah pulak.”In merenung Fitri yang tersenyum memandangnya.Menyampah dia melihat senyuman itu.
“Pandai In masak.”dia ketawa kecil,pertama kali gadis itu ingin bercakap panjang dengannya.Selalu tu dua tiga patah perkataan aje.Lepas tu dia larikan diri.
In berlalu,ingin beredar dari situ secepat mungkin,nanti kalau keluar mak susah,tentu dirinya diheret sama kekelompok tamu tamu itu.Malas dia nak melayan mereka semua.
“Hei,nak pergi mana ni cepat sangat?Jomlah,ramai tamu tunggu kat depan tu.”Fitri menghalang gadis itu.Berdiri betul betul depan In.
“Tepilah.”keras dia bersuara.Menolak tubuh itu tapi Fitri lebih dahulu bersedia,tangan gadis itu dipegang kemas.
“Kenapa In ni garang sangat?Dengan along pun macam singa.”Fitri masih seronok mengusik.Sesekali fikirnya tak ada salahnya.Seronok tengok In marah begitu.In merentap tangannya dari gengaman Fitri.
“Fitri,kenapa ni?”Andrian kehairanan melihat gelagat temannya itu.Tidak perasan kehadiran In waktu itu.
“Ha,Rean marilah aku kenalkan sekali dengan adik aku ni.”dia melambaikan tangan pada Andrian.In turut sama memandang kearah Andrian,satu waktu dia bagai kan terkejut melihat kehadiran Andrian waktu itu.
“In,”keluar nama itu dari bibir Andrian menjadikan Fitri pula tertanya tanya.In dan Andrian masing masing termangu,tidak terduga akan pertemuan itu.Setelah sekian lama kali ini mereka bertemu dalam keadaan dan suasana yang berbeza.
“Korang kenal ke?”Fitri bertanya.Andrian hanya mengangguk perlahan.Hajat hati tadi memang dia bertandang semata mata mahu ketemu In,tapi kata Puan Zainon,In dah tidur.
Keadaan ditaman sunyi seketika.Masing masing mendiamkan diri.Tidak tahu nak kata apa.Fatihah pula tidak senang duduk.Gusar rasanya melihat mereka berdua duaan begitu.In mengeluh,memerhatikan langit yang ditaburi bintang yang bergemerlipan.
“Kenapa mengeluh?”Andrian bertanya,memandang gadis itu.Terlalu lama tidak menatap wajah itu menjadikan dia semakin rindu.Wajah ayu itu ditenungnya lama,seakan melepaskan rasa rindu yang menebal disanubarinya.
“Tak ada apa apa.Saja.”dia menjawab.Dah terlalu lama rasanya tidak bertemu Andrian. Tak tahu nak cakap apa.Wajah dialihkan,malu bila menjadi tatapan Andrian.
“In sihat?”dia bertanya lagi.
“Macam yang awak tengok ni.”senyuman terukir namun ia layu,tidak seindah dulu.
“Kalau saya tengok,rasanya In tak sihat.”
“Kalau awak anggap macam tu,terpulanglah.”dia malas nak mengulas panjang lebar. Malas nak bercakap dengan Andrian waktu itu.Kesunyian menyelubungi lagi.
“Bila awak balik sini?”akhirnya In bertanya,memecah suasana.
“Dua hari lepas,”dia tersenyum.
“Seronokkan boleh tengok tempat orang.”Dia bersuara,tersenyum bila mengingatkan janji Zaidi yang tidak kesampaian mahu membawa dia bercuti diluar negara bersama.
“Tak adalah seronok sangat.Rasanya disini lagi baik.”
“Betul tu.”In menganggukkan kepala,menyetujui kata kata Andrian.
“In kerja dimana sekarang ni?”dia bertanya memecahkan kesunyian.
“Kerja dekat pejabat pak cik.”dia menjawab selamba.
“Mana budak budak tu?”dia bertanya,tadi ada kelihatan.Budak budak tu terpinga pinga bila dia memeluk mereka.Bila dikenalkan barulah mereka mahu mesra dengannya. Mungkin terlalu lama tidak bertemu menjadikan mereka kekok,malahan sewaktu dia pergi membawa diri dulu mereka baru berusia enam tahun,kini kedua duanya telah menginjak sembilan tahun.Dah besar budak budak tu.
“Tadi ada dengan mak.Ada didalam agaknya.”
“Rean tengok In sekarang ni lain sangat.In tak senyum macam dulu kenapa?
Dulu In selalu tersenyum.”dia bertanya,namun kemudian dia sedikit menyesal.Terlalu cepat dia bertanyakan soalan itu.Tapi dia lebih didorong dek perasaannya.Hati dapat merasai kesedihan gadis itu.Dia rindukan senyuman In.
“Tahukan abang Zaidi dah tak ada,”terasa ada sesuatu yang tersekat di anak tekaknya saat itu.Sebak mula mendatang,resah dan rindunya bercampur aduk saat itu.
“Yang dah pergi tetap takkan kembali In.”dia bersuara,memahami kedukaan gadis itu.
“Saya tahu,tapi tak boleh ke kalau saya ikut dia?”dia menyoal bagai orang hilang akal. Tiba tiba luka dahulu berdarah kembali.Air mata gugur kembali tanpa dapat ditahan tahan.
“Ya Allah!Mengucap In.In dah lupa ke dengan Tuhan.”dia terkejut mendengar kata kata itu.Sungguh,kini dia yakin dengan kata kata Andrizal.In kini tak sama dengan In dahulu.
Sayu melihat air mata mengalir dari mata menawan itu.
“In,”dia memeluk gadis yang sedang menangis itu kedalam dakapannya.Dibiarkan In menangis teresak esak.
“In yang sebabkan abang Zaidi mati.In yang sebabkan dia pergi.”mendayu suara In. Tangisannya semakin ketara.Dah lama air mata kering dari kolamnya,namun kini memori lama itu kembali terungkit.
Dan tidak perlu ditahan tahan,air mata mengalir laju dari kolamnya.Tanpa sedar dia memeluk Andrian erat,tanpa sedar kesunyiaannya selama ini turut berlalu.
“Syhh….jangan salahkan diri sendiri In.Rean percaya,kalau Zaidi ada pun dia tak suka In jadi begini kerana dia.Tentu dia mahu In kuatkan semangat untuk menempuhi hidup ni.” dia membelai rambut panjang gadis itu.
Tidak tahu apa perasaanya saat itu.Tiga tahun tidak bertemu,kini pertama kali bertemu In memeluk erat dirinya.Tapi yang pasti dia menyintai gadis itu sepenuh hatinya.Tiga tahun hidup ditempat orang gagal merubah perasaan dan rasa hatinya terhadap gadis itu.Keindahan tempat orang tidak sedikit pun mengoyah kasih yang tersemai dihatinya.
“In kena kuatkan semangat.Anggap pemergian Zaidi sebagai medan untuk In membina kehidupan baru.Zaidi pun tentu tak mahu In menderita kerananya.
Cukuplah In.Cukuplah selama tiga tahun ni.In kena mula kan hidup baru.Jadi semula In yang pernah Rean kenal dulu.”dia berbisik pada gadis itu.Mahu meniupkan semangat buat wanita kesayangannya itu.
Andrian tersedar dari lamunan indah bersama In bila terhidu haruman yang amat di kenalinya.Haruman Beautiful yang sejak dahulu amat digemari In.Dia arif tentang kegemaran gadis itu.
Pernah dulu dia bertanya mengapa In sukakan haruman itu,dengan ketawa gadis itu menjawab jika In pakai Beautiful ni tentu In cantik selalu.Dia tersenyum.Kau cantik walau apa sekali pun In.Detik hati kecilnya.
“In nak makan apa?”dia memulakan perbualan setelah mempersilakan gadis itu duduk.
“Tak nak makan apa apa.Minum aje.”dia menjawab sopan.
“Okey kalau macam tu kita minum aje.”Andrian kemudian membuat pesanan.
“So,In rasa macamana dengan projek kita tu?”dia bertanya,perbualan dimulakan dengan kerja.Tidak mahu gadis itu merasa tertekan.Sengaja dia mengambil alih kerja kerja itu dari Andrizal bila diberitahu In yang bertanggungjawab menguruskan projek usahasama itu bagi pihak Datuk Farhan.
“Rasanya kalau tak ada apa apa problem,mungkin akan siap ikut jadual.Tapi rasanya kita ada sikit,I mean small problem dengan Indah Corp. tu.”
“Apa problemnya?”dia bertanya,namun mata nakalnya merayapi keseluruh wajah gadis itu.In sedang leka membelek fail ditangannya.Tidak perasan dengan kelakuan Andrian itu.
“Bahan yang mereka hantar tu kebanyakkan rosak.Bila cakap dengan Fitri dia kata biasalah tu.In malas nak cakap banyak dengan dia tu.Dah banyak kali In naik kesana, macam macam janji yang diorang bagi.
Tapi bila sampai bendanya tetap sama.Bukan tak boleh pakai bahan tu,boleh but have no quality,kebanyakkannya In suruh buang aje. Memang tak banyaklah kalau dikira,tapi kalau dah selalu sangat rugi kita nanti.Bahan terbuang macam tu aje duit pula jalan.”dia berkata jelas.
Memang dah penat dia turun naik ke Indah Corp.Janji punyalah manis tapi habuk pun takda.
“Okey,kalau macam tu nanti Rean pula naik kesana.”dia menganggukan kepala mendengar kata kata In,betul juga.Kalau satu kali hantar rosak sikit,banyak kali hantar banyaklah rosaknya.Bayar tak pulak kurang!
“So,lepas ni nak kemana?”dia bertanya,melihat gadis itu sedang berkemas kemas setelah perbincangan mereka habis.
“Balik ofis,In ada kerja lagi yang tak siap.Pening nak teliti kontrak baru.Macam macam syarat yang diaorang letak.”dia bersuara tanpa menyedari Andrian meratahi wajahnya sepuas hati.
“Kontrak dengan siapa?”dia sekadar bertanya.Hari dah petang,dah nak habis waktu kerja pun,buat apa nak balik ke pejabat lagi.
“Dengan Tan&Sun Cabling,pasal nak buat cabling dekat projek kita tu.”tidak perlu menyembunyikan apa apa.Andrian berhak tahu,lagipun projek tu usahasama antara kedua dua buah syarikat.
“Kenapa pulak?Eh..tapi kan sepatutnya Fitri yang uruskan pasal cabling tu kan?”dia mengerutkan dahi,kelmarin sewaktu mesyuarat tak salahnya tanggungjawab tu di beri pada Fitri.
“Memanglah,tapi katanya dia banyak kerja lain.In terpaksa ambil alih.Nak suruh orang lain kesian pula.Dia orang pun dah sibuk dengan tugas masing masing.”dia bersuara. Tersenyum seketika melihat Andrian yang seolah olah tidak senang hati.
“Kesiankan orang lain.Diri sendiri tu tak nak kesian kan.”dia mengusik.Memandang In yang dah bangun.
“Dah lah,In pergi dulu.Takut nanti kena tidur pula kat ofis tu.”dia mengusik.Meminta diri.
“In!”panggilan Andrian mengejutkan dirinya,lantas dia berpaling kembali.Hampir hampir bertembung dengan Andrian yang tiba tiba dah ada dibelakangnya.
“Jom!Rean temankan In.Lagipun Rean boleh belajar nanti.”dia menyaingi langkah In.
“Eh,tak payahlah.Lagipun bukan buat apa pun.Fikir sama ada nak setuju atau tak syarat mereka tu.”dia menolak.Tidak mahu menyusahkan Andrian dengan perkara yang bukan melibatkan tugasnya.
“Tak apalah,lagipun Rean boleh fikir sama.Berdua lebih baik dari seorang tau.”dia menjawab perlahan.Masih tidak berhenti mengekori langkah In.
“Tapi…”
“Jomlah,kita pun penat dah ni,lagi cepat selesai lagi cepat kita boleh balik.Apa In nak tidur dekat pejabat ke?”ujar Andrian selamba saja dia melangkah masuk kedalam kereta In.Duduk disebelah tempat pemandu.Berat hati In memandu juga ke pejabat semula.
“Selalu ke In balik lewat macam ni?”dia bertanya,mematikan suasana sunyi antara mereka.Dia memerhatikan In yang sedang leka meneliti kontrak itu.
“Tidak lah,bila ada kerja aje.”dia menjawab tidak langsung mengalihkan pandangannya.
“In dah semakin kurus sekarang ni,”Andrian bersuara,berhenti.Membiarkan kata katanya tergantung begitu saja.
“Kurus?Tak lah.”terkejut dia mendengar kata kata Andrian.Terus dia mendongak memandang muka lelaki itu.Matanya bertembung dengan anak mata bundar milik lelaki itu.
“Betul,tiga tahun dulu In tak macam ni.”
“Itu tiga tahun dulu,setiap orang akan mengalami perubahan Rean.”dia tersenyum tawar. Dia tahu maksud Andrian tapi malas nak mengulangi kembali memori lama itu.
“Iya,Rean tahu.Setiap kita mengalami perubahan,tapi perubahan In hanya memudaratkan diri.Lupakan In,dah lama perkara tu berlaku.Cuba bangkit,bina semangat baru.In mesti teruskan kehidupan ini tak kira In suka atau tidak.
Yang pergi tetap akan pergi,yang berlalu tetap akan berlalu.Yang tertulis tetap akan terjadi.Suratan dan takdir kerja Tuhan, kita harus terima ketentuanNya.Sabarkan diri,tenangkan hati.Itu kunci utama.”dia bersuara perlahan.
Masih tidak jemu menatap wajah ayu itu.Memori tiga tahun dulu kembali keingatan.Cuma kini yang berbeza hanya mereka berdua saja yang sedang bekerja.Dan gadis itu bukan lagi In yang dulu.Jauh sekali berbeza dengan wanita yang pernah dikenalinya satu waktu dulu.
“Rean ni cakap macam orang ada pengalaman aje.”dia mengusik,dia tahu ada kebenaran yang terselit disebalik kata kata Andrian itu.Sengaja dia tidak mahu keadaan mereka di selubungi air mata.
“Memang ada,tiga tahun dulu,Rean pernah praktikannya.Rean lalui kehidupan dengan tabah.Tapi tidaklah sampai melupakan kenangan lalu.Elok juga kenangan itu dijadikan sebagai satu lipatan perjalanan hidup kita.”dia bersuara penuh erti apa yang ingin disampaikannya.
“Entahlah Rean,mak kata In terlalu ikutkan perasaan.Tapi kata orang manusia yang tak berperasaan tu bukanlah seorang insan.Manusia dikurniakan Tuhan dengan perasaan untuk kehidupan dimuka bumi. Mungkin,benar kata mak.In terlalu ikutkan perasaan agaknya.”hambar kedengaran suara gadis itu,dia kelihatan tidak berminat untuk berbicara saat itu.
“Perasaan kasih sayang tu tak salah,tapi yang patah akan tumbuh kembali In.”pujuk Andrian.Masing masing masih mahu berkias,tidak mahu terlalu tajam mengupas topik itu.
“Siapa kata yang patah akan tumbuh kembali Rean.”kali ni intonasi suara In kedengaran berbeza,sedikit nakal.Kemudian dia menyambung kembali.
“Tangan orang kalau patah tak tumbuh balik tau.”In ketawa kecil,seolah melepaskan segala tekanan yang melanda.
Andrian tergelak,In masih macam dulu,ada saja nak diusiknya.Namun kali ini tidak seceria dulu.Tawanya juga lemah,tidak bersemangat langsung.Ah,tapi sekurang kurangnya elok juga,sebagai permulaan,detik hati kecilnya.
Fitri berkemas kemas untuk pulang,hari ni lewat pula tugasan yang perlu disiapkan habis. Selalu tu belum petang dia dah tinggalkan pejabat.Tapi hari ni terlambat pula.Briefcase dicapai,dia memerhatikan atas mejanya. Memastikan tiada apa apa yang tertinggal sebelum melangkah keluar dari biliknya itu.
Dia tersenyum,terbayang wajah masam In kelmarin.Entah mengapa,dia tidak tahu.Tapi memang sejak pertama kali terpandangkan wajah itu diri dirundung satu perasaan yang sukar ditafsirkan.Langkah yang teratur disusun sejak tadi mati tiba tiba bila melihat lampu bilik In masih lagi terpasang.Serta merta diberhenti bila terdengar suara seseorang yang amat dikenalinya.
Andrian!Apa yang dibuatnya Andrian malam malam begini?Dia diburu persoalan.Tanpa berfikir panjang tombol pintu dipulasnya.In dan Andrian terkejut dengan kehadiran yang tidak disangka sangkakan itu.Mereka berdua memandang tepat kearah Fitri yang tenang berdiri dimuka pintu.
“Tak balik lagi In?”dia bertanya,menghampiri mereka dan melabuhkan punggung disebelah Andrian.
“Tak,ada kerja sikit.”perlahan In menjawab.Hanya memerhatikan saja Fitri duduk didepannya.
“Kau buat apa Rean?”giliran Andrian pula memberikan jawapan kepada persoalannya.
“Aku tolong In fikirkan syarat Tan&Sun Cabling tu.”dia menjawab selamba.Terkejut pula tadi mendengar suara Fitri yang sedikit kasar.
“Tan&Sun Cabling?Kan along suruh beri pada Nazim?”berkerut dahi Fitri memandang In.
“Dia kata busy,lagipun projek dia di Balakong tu ada problem sikit.”
“Kenapa tak bagi Mandy?”tajam dia menyoal.
“Dia kan dah sarat sangat.Kesian.”In terbayangkan Mandy yang hanya menunggu masa saja untuk kelahiran anaknya yang ketiga.Kesian pula melihat sahabatnya itu.
Fitri hanya menganggukkan kepala mendengar jawapan In.Terbetik pula rasa bersalah, sepatutnya dia yang uruskan pasal cabling tu tapi diserahkan pada In pula.Tiba tiba teringat projek In yang masih berlambak lambak.
“Kalau macam tu along balik dulu,cepat sikit balik.Nanti mak cik risau.”dia dah pun bangun,ingin meminta diri.Memandang In yang hanya menganggukan kepala.
“Rean tengok,Fitri tu macam bermasalah kenapa?”Andrian bertanya,memandang In yang tekun menyelesaikan kerjanya.Ada satu kemungkinan saja yang terlintas dibenaknya saat itu.Mungkin kah ianya terjadi?
“Hah?Tak adalah.Eh,manalah In tahu.Dia kan kawan Rean.Tanya In nak buat apa?” berkerut dahi In memikirkan pertanyaan Andrian itu.Aku ni bukannya baik sangat dengan Fitri tu.
“Tak adalah.Rean tengok dia lain macam aje.”perlahan dia bersuara.Dalam diam cuba mentafsirkan sikap Fitri yang berubah tiba tiba.Selalunya Fitri ramah dengan dia,tapi hari ni kata katanya kasar dan dingin.
Dia tengelam sendirian.Menganalisi perubahan mendadak temannya itu.Tiba tiba dia tersentak.Merenung dalam wajah In.Pertanyaaan bermain dibenak.Mungkinkah?Hatinya bimbang.
“Saya takkan benarkan awak rampas mereka dari saya.”In bersuara tegas,marah membuak buak bila mendapat jemputan yang tidak diundang ituDia pergi bila si pemanggil menyentuh pasal arwah abang iparnya,Tengku Haris.Pening kepalanya, lepas satu satu.Baru ingin tenang sedikit kehidupannya tapi diganggu pula.
“Saya faham perasaan awak.Saya tahu awak jaga mereka sejak mereka kecil,tapi sekarang ni mama saya betul betul nak jumpa mereka.Mama menyesal dengan apa yang berlaku dulu.”Tengku Lokman tenang menghadapi kemarahan gadis itu.Terkejut seketika bila dapat tahu gadis itu adalah adik ipar arwah abang sulongnya.
“Senangnya awak cakap.Kirim salam aje pada mama awak tu.Dia tak ingat ke macamana dia halau mereka dulu?”berderau darahnya bila mengulangi kembali memori lama.Masih ingat lagi,kakaknya menangis hebat dihalau keluarga Tengku Haris yang berpangkat Tengku itu.
“Saya tahu kami tersilap,tapi berilah peluang pada kami untuk menebusnya.Saya janji akan berikan semua yang terbaik buat mereka.”Tengku Lokman masih kelihatan tenang.
“Harta tak menjadi jaminan untuk awak membahagiakan mereka Tengku.”sinis suaranya. Menikam tepat kehati anak raja tu.
“Selama ni pun mereka dah cukup bahagia dengan apa yang saya buat.Rasanya tak ada kekurangan dalam hidup mereka.Semuanya cukup.Mungkin tidak semewah kehidupan awak,tapi belum pernah sekali kalipun saya biarkan mereka merempat dan kelaparan seperti apa yang pernah keluarga awak lakukan pada arwah abang awak.Sanggup membuang anak sendiri.”dia melepaskan kemarahannya.
Masih diingat lagi betapa kecewanya Tengku Haris bila pinjaman yang ingin dibuatnya,dihalang oleh kuasa istana keluarganya sendiri.
“Saya minta maaf Tengku,saya ada kerja lain nak dibuat.”In bingkas bangun.Tidak selesa berada disitu lama lama.
Tengku Lokman ditinggalkan terpinga pinga sendirian.Kaku seketika mendengar kata kata gadis itu.Belum pun sempat dia menghalang In dah pun keluar dari bangunan hotel lima bintang itu.
In pulang kerumah banglo itu bila pagi mula menunjukkan muka.Puas termenung semalaman di pantai tadi dia barulah dia pulang.Dia masuk perlahan lahan kebilik pasangan kembar itu.Penuh kasih sayang dia mengucup pipi kedua duanya.
Tak dapat dibayangkan andai kata dia kehilangan mereka satu hari nanti.Air mata menitis lagi. Kesedihan bagai tidak mahu lekang dari hidupnya.Lepas satu satu dugaan yang datang menduga.Fikirannya runsing saat itu.Dia memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan.Dikala itu dia teringatkan Andrian.
Anak muda itu sedia membantu jika dia perlukan pertolongan. Dia masih ingat lagi,seminggu lepas buat pertama kalinya dia melelapkan mata dengan lena tanpa diekori mimpi semalam,selepas disuntik dengan kata kata semangat dari Andrian.
“Hello.”lemah Andrian menjawab panggilan itu.Dikerlingnya jam disisi meja.Baru pukul lima pagi,siapa pula yang tak tidur lagi ni.Hati mengomel sendirian.
“Rean,In sini.I need someone to talk to.”perlahan suara In dicorong sana namun cukup untuk menyegarkan mata Andrian.
“In!”dia mengulangi nama gadis itu,bagai tidak mempercayai dirinya sendiri.
“In perlukan seseorang Rean.In…sedih sekarang ni.”sayu suara gadis itu pada pendengarannya.
“Okey,Rean datang sekarang.In dekat mana?”dia bertanya,risau mendengar suara gadis itu.
“In dekat rumah.”
“Okey,In tunggu.Rean datang sekarang juga.”dia mematikan perbualan.Tidak sabar mahu ketemu gadis itu.Apa yang menganggu In sampaikan gadis itu bersedih waktu waktu begini.Hati tertanya tanya.
Andrian mundar mandir.Mengaru kepala yang tidak gatal.Pening mendengar cerita In. Keluarga Tengku Halijah ingin mengambil tindakkan mahkamah kalau In berkeras tidak mahu menyerahkan Haikal dan Danial pada mereka.
“So,In rasa macamana?”Dia menatap wajah In yang suram.
“In takkan serahkan Ikal dan Danny pada mereka.”dia mengeleng.
“Tapi Rean rasa tak ada jalan lain In.Kalau In berkeras,benda ni akan kemahkamah.”
“Dah tu,Rean nak In serahkan Ikal dan Danny?”dia menyoal,mata berlaga dengan sinar jernih anak muda itu.Namun sinar itu semakin layu bila anak mata Andrian redup memandangnya.Dia kembali tenang.
“In dah bincang dengan uncle Farhan?”dia bertanya.
“Tak,lagipun In tak nak susahkan mereka.In ada minta pendapat pak long,”dia bersuara perlahan.
“Dah tu apa katanya?”ujar Andrian mendekati gadis itu.
“Dia suruh In beri mereka pada Tengku tu.”dia menjawab perlahan.
“Mak In tahu perkara ni?”dia bertanya lagi.
“Tak,lagipun mak tak ada masa nak fikir pasal benda ni semua.”In menjawab,seolah olah jauh hati dengan sikap Puan Zainon.
“Rean tak nampak jalan lain In.”
“In dah kusut.Tak tahu nak fikir apa lagi.In sayangkan Ikal dan Danny.Tak mungkin In akan berikan mereka pada Tengku tu.”dia bersuara tegas.
“Sekarang ni In tak ada siapa siapa lagi.In minta maaf kalau In menyusahkan Rean.Tapi In tak ada tempat nak mengadu lagi.”dia bersuara perlahan.Sebak saat itu.
“Jangan cakap macam tu.In tahukan Rean tak pernah anggap In menyusahkan.Rean gembira,sekurang kurangnya In ingatkan Rean.”dia memujuk gadis itu.
Tidak dinafikan sejak akhir akhir ini dia semakin rapat dengan gadis itu.Selain projek syarikat yang sedang mereka usahakan secara kerja sama,anak anak itu turut merapatkan jurang mereka.
“Bonda sabarlah dulu.Man percaya tentu nanti lambat laun adik ipar abang Haris akan temukan mama dengan mereka.”dia memujuk Tengku Halija yang bersedih.Kelmarin dia sengaja mengertak gadis itu.Kononnya mereka akan bawa perkara itu ke mahkamah.Tapi dia terkejut,gadis itu masih tidak mudah melatah.Tenang dia menjawab,ditangkisnya segala soalan yang sengaja dibangkitkannya.
“Abang Engku percaya ke dia akan bawa budak budak tu?”Tengku Lisa bertanya.Risau dia melihat kesihatan bondanya yang semakin terganggu.
“Tak lama lagi abang Engku yakin.Kelmarin abang Engku ada gertak nak bawa perkara ni ke mahkamah.”dia tersenyum pada adiknya itu.
“Kenapa kamu gertak dia.Bonda rasa dia akan semakin benci pada kita.”Tengku Halija bersuara perlahan.Tidak bersetuju dengan perbuatan anak nya itu.Tengku Lokman diam, ada benarnya kata kata ibunya itu.
Dia dapat melihat kemarahan In bila pertama kali bertemu,belum sempat dia bertanyakan nama gadis itu, gadis itu dah pergi begitu saja. Bagaikan angin lalu.Kali kedua gadis itu enggan menemuinya.Terpaksa dia merempuh masuk kebilik gadis itu.Kelam kabut In memarahinya.Masih terbayang lagi betapa marahnya In pada dirinya.Tergelak dia memikirkan In merah padam menahan geram.
Setelah diselidik orang suruhannya baru dia tahu gadis itu anak tiri kepada Datuk
Farhan.Masih lagi terbayang betapa marahnya gadis itu bila dia menyerbu masuk tanpa mengetuk pintu.
“Awak nak apa ni?”In menjengilkan mata memandang anak raja tu.Sakit hati,sedap sedap orang tengah meeting,dia main langgar aje.Pulak tu masuk bukan reti nak bagi salam. Manusia apa dia ni.
“Tak susah,….boleh saya panggil awak In aje?”dia sempat bertanya,tadi terdengar setiausaha In memanggilnya begitu.
“Macam ni In,sebenarnya saya nak minta sangat jasa baik awak,bila boleh awak bawa Haikal dan Danial jumpa dengan nenda mereka.”dia menyambung kembali,tidak mempedulikan In yang memasamkan muka.
“Atau awak nak saya bawa perkara ni ketengah?”dia mengugut memandang In yang tersenyum sinis memandangnya.Mata dicerunkan,seolah olah kata katanya sedikit pun tidak memberi kesan pada In.
“Jangan ingat awak ada kuasa boleh buat sesuka hati awak Tengku.”sedikit keras kedengaran suara In saat itu.Tidak peduli dengan status dipegang lelaki itu.
“Baiklah macam ni,saya beri In masa.Lepas dua hari In call saya semula.”dia mengangkat muka memandang gadis yang duduk dikerusi itu.Mata menangkap gambar In bersama pasangan kembar itu.Kelihatan mesra sekali.Bagai anak beranak lagaknya.
“Oh ya,saya ambil gambar ni ya.Bonda saya dah rindu sangat nak tengok cucu cucu dia.”Tengku Lokaman pantas menyambar bingkai gambar yang menyimpan gambar In bersama Danial dan Haikal.
Diserahkan pada seorang lelaki yang mengekorinya,lelaki yang sama yang In perasan sewaktu pertama kali bertemu Tengku tu.Entahkan pengawal dia entah kaki kipas.Dia mengomel dalam hati.
“Awak ni kurang ajar betul.”herdik In.Tidak senang dengan sikap Tengku Lokman yang padanya yang melebihi batas.Nak aje rasanya dia menjerit meminta kembali gambarnya, tapi dia malas.Orang seperti Lokman tu bukannya reti bahasa.Buat menyakitkan hati aje.
Tengku Lokman hanya tertawa kecil mendengar kata kata gadis itu.Pertama kali sepanjang hidupnya seseorang bercakap direct begitu dengannya.
“Abang Engku!”panggilan kali ketiga Tengku Lisa mengejutkan dirinya.Tersentak seketika.Terpinga pinga bila melihat keadaan keliling,dia tersedar kini dia berada di istana,bukannya di pejabat In.
“Apa?”dia terpinga pinga.Memandang sekeliling,bukan bersama In saat itu.
“Bonda tanya,abang Engku ada minta tak gambar Haikal dan Danial tu?”Lisa bertanya, pelik dengan sikap abangnya yang berubah tiba tiba itu.Pulak tu siap tersenyum sorang diri.
“Gambar?Ada,abang Engku ambil aje.Tak minta pun.”dia tersenyum,menyeluk kocek bajunya.Menghulurkan gambar yang diambil dari meja In.
“Comelnya cucu bonda ni”Tengku Halija tersenyum menatap gambar Haikal dan Danial. Cucu yang pernah dibuangnya.“Mirip Haris.”tambah Tengku Halija sebak bila teringat kembali semua kelakuannya pada Tengku Haris dan isterinya,Iyah Darwisya.
“Eh,abang Engku.Perempuan ni siapa?”Mata Tengku Lisa jatuh pada gambar perempuan bersama pasangan kembar itu.
“Adik ipar abang Haris.”dia menjawab perlahan.
“Lawalah bang Engku.”Tengku Lisa tersenyum meleret menatap wajah ayu itu.Patutlah bila dipanggil terpinga pinga.Hatinya mengusik.Jangan jangan abang Engku dah jatuh hati pada perempuan ni.
“In,kenapa mak tengok sejak kebelakangan ni In macam bermasalah aje.”Puan Zainon mendekati anak gadisnya.
Dia sedar sejak perkawinannya dua tahun lalu In seolah olah berjauh hati.Tidak lagi dia ketemui anak manjanya yang satu masa dulu gemar bermanja dengannya.In seolah olah sengaja menciptakan jurang antara mereka.
“Tak ada apa apa mak.”dia menjawab perlahan.Sedang menantikan kedatangan Andrian. Lelaki itu berjanji akan membantunya.Dia perlukan seseorang saat itu.Dan Andrian pilihan paling tepat.Dia dah mengenali hati budi anak muda itu.Rasanya Andrian boleh dipercayai.
“Mak cik tak tahu lagi ke,anak mak cik tu ada janji dengan pak we.”Fatihah bersuara, kurang senang dengan kemesraan In dan Andrian.
“Sudahlah mak,In pergi dulu.”dia memeluk ibunya.Pelukkan yang dingin.Segera berlalu bila kereta Andrian menjalar didepan pagar banglo mewah itu.
Malas nak mendengar kata kata Fatihah yang lebih suka menyakitkan hatinya.Tidak tahu apa yang tidak kena dengan gadis itu,tapi rasanya sejak pertama kali dulu mereka ketemu memang Fatihah tidak menyukai dirinya.